Kelas Google Apps for Education & Biz dan Advokasi Internet Safety

9 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

8 March 2020 – Seramai 3 orang pelajar telah menghadiri Kelas Google Apps for Education & Biz dan Advokasi Internet Safety yang telah diadakan pada 8 Mac 2020 yang lalu bermula dari jam 11 pagi hingga ke 1 tengahari.

Di dalam kelas ini, tenaga pengajar iaitu Penolong Pengurus Norhapidah Mokhtar telah mengajar peserta mengenai aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Google dan cara menggunakannya samada untuk tujuan belajar mahupun perniagaan. Antara aplikasi yang telah peserta pelajari ialah Gmail, Google Hangout, Google Photo, Google Drive, Google Doc/ Form/ Sheet.

Bagi segmen advokasi pula pelajar diberikan taklimat mengenai cara Secure Login, safe Download dan Scam in email.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali